Friday, November 13, 2015

Last Minute Plan : Bukit Apek, Cheras


Assalamualaikum,

Entry kali ni nak cite pasal Bukit Apek, nun kat Cheras je.. ni last minute punye plan so takde ajak sape2 pun. ye laa Public Holiday kan (Deepavali).. kot semua nak berehat kat umah, nak pergi beraya ke.. huhu..

Location: Bukit Apek @ Bukit Putih (terletak di Hutan Simpan Bukit Sungai Putih, Cheras, Hulu Langat)
Height: 400m from MSL

Date: 10 November 2015
Start time: 9.30am
End Time: 5.30pm
Participated by: - Fifi Qaqa, Didi and Iz


Masa tu kitorang naik dari Jalan Awana 23, Taman Cheras Awana, before ni aku pernah naik tapi dari Taman Saga, Ampang which is aku hiking ke Bukit Saga dulu baru heading to Bukit Apek waterfall.. boleh usha kat sini Bukit Saga + Air Terjun Bukit Apek

Memula singgah beli stock nak bawak naik atas.. 
Pastu breakfast dulu nasi lemak kerang di sisi longkang jernih ala2 kat tepi sungai
Tepi loji pun indah.. ni starting point laa.. hahah
Masa awal pendakian.. macam gelak2 je laa, masih bertenaga 100% and in between nak sampai mana2 Level, jumpe laa ramai warga emas kaum Cina (sebab tu dipanggil Bukit Apek agaknya) + family yg mostly kaum cina laa..


Ni plan nye kalau turun nanti, nak singgah minum ayaq nyioq.. tapii....(to be cont..)
Dah start hiking.. 
Ada 5 level point yang akan dilalui sebelum tiba di puncak Bukit Apek yang juga dikenali sebagai Apek Hilltop (Stesen 6). Setiap stesen ni dijaga oleh Persatuan Pendaki Bukit Apek, and ada beberapa stesen yang menyediakan bekalan air minuman dan peralatan senaman buatan sendiri. Bagaimanapun di Stesen 2, ada simpang yang membolehkan pendaki terus menuju ke puncak Bukit Apek (Stesen 6) tanpa perlu melalui stesen-stesen lain.

pergghhh.. ala-ala bukit taubat tuu.. mencanak!
Lepas level 1 - jumpa kawasan construction. posing itu wajib! walaupun takde ape yg menarik kt situ.. kah3




dari awal track before jumpe level 1 tu.. kitorang sebenarnye a bit confused sbb banyak track yg mengelirukan.. kena la bertanya dengan hikers yg ada kt situ.. and suddenly we found this auntie. a very good one. kitorang hiking same2 sampai level 2.

Level 2
yet kitorang teruskan perjalanan ke level seterusnya since that auntie and her friend tu just hiking untuk exercise je.
buai laju-laju sampai cucur atap..
pic atas ni in between nak sampai level 3. kasi take 5 jap laa.. haha.
Level 3
Heading to Level 3A @ Level 4
Tidur jap
                         perghhh! aku suka benda2 camni


hebak la mung ni!
Aku suka ayat ni : Mulianya anjing kerana menjaga Ashabul Kahfi
Level 3A @ Level 4
track ok la.. tak la heavy sangat tapi penat jugak (jangan sesekali pandang rendah pada bukit and gunung..confirm menyesal) mcm2 ada.. ada yg mencanak.. ada yg landai.. tapi penat tu confirm!

siapa kah yg jadi camera man ni.. rasa nak marah je laa.. shaking! haha

and lepas tu kitorang sampai Level 5 yg cuma ada sebuah canopy buruk (cuma sebagai penanda..tu pun tak snap pic. huhu) kat situ ada 2 simpang. Simpang ke kiri akan menuju ke Stesen 6 (Apek Hilltop)dan simpang ke kanan akan menuju ke Air Terjun Bukit Apek. so kitorang ke Apek Hilltop dulu before heading to Apek Waterfall.


kat sini takde pulak aku nampak signboard. tp da tanye orang.. semua kata da sampai puncak... so, yerrrr la tu.. hurmm
lepas posing ala kadar je kat puncak ni.. kitorang proceed plan asal nak ke air terjun.. perjalanan turun ke sana lebih kurang 30minit je.. sampai-sampai sana, lepak bawah dulu.. aku ni bukan ingat sangat jalan, tapi tertanya2 la jugak. kenapa tak sama mcm air terjun yg aku pergi dulu??? kitorang lepak kat sini lebih kurang 30 minit..
ni air terjun kat bawah..hah. haha. mandi kat umah lg banyak air nyee..

mase tu dalam kul 1.30++ sebelum tetibe ade sorang apek ni lalu, aku tanye la kat atas ada lagi ke air terjun? dia kata "ada..." lorr.. buang masa je.. so kitorang terus ke atas la.. jalan lebih kurang 5 minit.

nangis sebab hujan, so kitorang berteduh bawah pokok balak jap..
"camane nak balik niii..sob sob sob"
selepas discuss.. hujan pun tak nampak tanda-tanda nak berhenti dalam masa terdekat.. (poncho pun tarak) kitorang decide nak redah gak berkubang bawah air terjun jap, walaupun berkali2 di ingatkan tentang fenomena kepala air.. degilnya aku.. tak tak. degilnya kami.. ermmmm..




Pastu tetibe nampak ade seekor anjing hitam berlari2 kearah kami and at the same time ade sekumpulan group kat tepi sungai tu... nampak tak betapa cuak nye aku kitorang. Anjing tu melencong arah naik ke tebing sungai.. pastu die mengaum macam serigala.. lagi la aku pelik.. hurm, kenapa agaknye? and sampai hari ni.. belum ada orang yg dapat jawab lagi.. haha.. bunyi macam serigala? serious and sangat serious.

cuak btul masa ni. huhu

Luckily, group yg dah nak blah tu.. ade lelaki dalam 2-3 orang, so mereka ini la jadi hero kami semasa hari kejadian.. mereka halau anjing tu.. and ade yg ajak kitorang jalan sekali. tapi dorang turun kt Taman Saga, kitorang Taman Awana.. mane same.. hurmm.. so kitorang bawak haluan masing2.


2.30pm - Nak di jadikan cerita, jalan turun nak ke air terjun tadi mula2 agak landai.. tapi lepas tu menurun 75-90degree, terketar2 kaki aku. sakit auw... so jalan nak balik ni = laluan yg sama, memula plan memang nak ikut jalan sama.. Didi jalan kat depan masa tu, aku and Fifi kat belakang.. kitorang nampak 1 track yg agak landai.. so, setelah berbincang.. kitorang nak ikut track tu..(Tak adil kalau mereka salahkan aku je.. sbb aku yg proposed idea tu. kan? kalau takde musyawarah.. takkan la boleh jadi "kejadian' kan? haha..
just take the journey patiently..
Rupanya.. itu adalah satu keputusan yg silap maha salah sama sekali.. kerana ianya sangat jauh and possibility nak sesat tu 80%. takde nye orang lalu situ dah (kot) melainkan kitorang yg super bijak ni. haih. masa tu pulak baru lepas hujan, track sangat licin.. kitorang mcm gaya2 ada.. sliding. jatuh.. terpeleot.. terbenam.. semua ada.. tapi bertahan lah wahai kaki. 2x jumpa sungai.. nak nangis rasa.. masa datang tadi.. takde pun jumpa benda2 ni.

pokok unik akar berbelit pengubat gelisah di hati
wat lek wat peace.. pacat terbabit selamat ku bebaskan semula utk mencari mangsa baru. kui3

dah lebih sejam kitorang jalan.. ikut tag2 yg ada.. tapi jalan keluar tak jugak jumpa2.. jam dah pukul 3.15pm masa tu.. nak nangis tak la.. tapi rasa sebak.. taknak la jadi kes polis, nak keluar jugak dari tempat tu sebelum malam.. kaki dah rasa kebas, jalan jauh dan jalan lama.. hurm.. tetibe nampak satu kawasan landai, yg molek benar kalau nak ikut.. tapi nasib baik tak ikut.. kalau tak confirm bertambah sesat lah kami ni.. tetibe Didi cakap bau hamis mcm kat CBL.. risau jugak kot ade pak belang ke ape.. tapi fikir2 balik, rasenye pak belang takde kt Bukit Apek ni.. perjalanan di teruskan sampai kitorang jumpa signboard ni... ke kanan atau ke kiri.. so kitorang decide ke kiri..



Uniknya cinta Illahi
bila agaknya boleh sampai? sampai la nampak tag CH6.. CH5, mungkin dari geng yg wat competition before ni.. kitorang rasa sedikit lega..dan akhirnya.. jalan menuju kebahagian terbentang luas..(kelam kabut sikit.. nak kena kejar dengan monyet.. siot tol la. haha)


kolam ke sungai ke lombong ke?
setelah melalui jalan yg jauh dan lama.. kitorang sampai jugak kembali ke kawasan construction ni. That means perjalanan hampir sampai ke penghujung.. dari kejauhan nampak bangunan and kawasan perumahan.. ingat nak cross situ je.. sambil baring2 di padang and posing macam ni..




lepas tu ingat nak terus ke kawasan rumah kat situ yg jarak lebih kurang 100m, tapi dari kejauhan tengok 3-4 ekor anjing dah menggila nak kejar kitorang...and masa tu pulak aku tengah update IG, lintang pukang la kitorang lari.. walaupun  jauh lagi. lariiiiikkkkkk!!! sampai jumpa balik kawasan construction yang memula sampai tadi.. kitorang teruskan perjalanan and tembus kat Taman Wangsa. and what??? kereta sebenarnya park kat tempat lain.. jalan ke kereta + 30minit lagi. guna GPS bagai. hahah. sengal jeeee...
Lepak taman jap. take 10.. sambil makan roti.. lapar tak sangat..
tak membantu sangat.. tanye orang jeeee laaaa...
OK... sampai la kitorang ke Sentul (Rumah Didi and Fifi pukul 7.45pm++) and malam tu kitorang tgk #SPECTRE007 + makan kat #HayaDON. tu je laa cerita kepenatan dan kegilaan hari ni.. Sekian..

Mencari yang RARE!
Yang pasal air kelapa tu. takde dah jalan cerita tu.. sebab tak sempat pun.. kedai dah tutup. haha. OKbai.. wassalam!

Next: Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru. Selangor

No comments:

Post a Comment

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!