Saturday, December 12, 2015

One Two One Two : Daypack at Gunung Bunga Buah, Selangor - Pahang


Assalamualaikum again :)

Special date for the weekend on 12/12/15.. so weeeee a.k.a GeoHikers sudah berjaya menawan satu lagi puncak gunung, iaitu Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor - Pahang. 

Simple Description:

Location: Gunung Bunga Buah, Selangor - Pahang (kawasan Gohtong Jaya)

Height: 4690ft (1430m)

Date: 12 December 2015

Participated by: - Joe, Wan Bieber, Wani, Fifi, Yaya, Didi and  Izsakura


Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui tanah persendirian bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh. 

(pergghhhh.. ayat dia.. aku kopi-pes Encik Wiki je yg ni :D)


Itinerary for GBB

Macam biasa, janji je naik pukul 7.00am.. but a promise is just a beautiful lie.. pukul 7.30am baru semua berkumpul..gerak ke Genting-Sempah + singgah breakfast lagi.. coiii~
breakfast dulu kt RnR Genting-Sempah

9.00am - Explore the Starting Point from the Vege Yard

AbgLong2 and KakYong2 dah sampai kawasan and start hiking by 9.00am for the exact time, akan tetapi.. sesat sikit masa nak cari starting point ni.. buat kita jadi lambat 1 jam. sebab dah sesat.. cari track tak jumpa, mula la ade bunyi2 nak patah balik. sbb taknak turun malam. kecewa hakak hokay kalau tak dapat naik minggu ni. dah tarik muka kelat.. lagi nak struggle dengan pacat and nyamuk yg maha banyak. tapi ingat... ingat ea, hashtag sikit moto kite #neverlosehope 

here we are
Laluan sebelah kebun sayur
Wefie dulu lerr
So, masa ni tengah fikir cara.. Yaya contact Mok. by right, die bg guidance.. kitorang patah balik and cari clue. akhirnya jumpa dan mula mendaki

10.00am - Start hiking from the Starting Point

Dah jumpa Starting Point, kat sini track mencanak 80 degree slope.. lebih kurang 30min. layan jee~

Break your sweat!

10.30am - Arrived at the Tar Road

Take 10 kat jalan tar, yg juga merupakan jalan lama ke Genting tp sudah tidak lagi beroperasi. tapi kitorang wat Operasi menyingkirkan pacat2 dan berehat sikit..campur acara suai kenal dengan alam laa.. posing individu, berduet dan juga berkumpulan. mcm biasa laa.. ahaks ;)

Lepas je keluar kat sini, jumpa jalan tar.. turn left k.. menuju ke Quarry
Variety of style

Nama pun Gunung Bunga Buah.. mesti la ade bunga... hihi
10.40am - Walk to the Quarry



Track ok je.. flat for the first 10 minutes sampai la jumpa quarry yang di canang2 kan itu.



part of GeoHikers


10.50am - Arrived at the Quarry and continue walking to the foot of mountain



Track kat sini pun boleh layan lagi laa.. santai2 je.. cuma jauh dan lama. Masa ni berlari pun boleh.. try arh. 




Nice View

Lorong kecil tar.. kitorang bincang2, mungkin sbb ade Quarry, jalan ni guna utk pekerja2 lalu naik motor ke. haha. tapi cerita sebenarnye.. akhir sekali nanti kite citer..





Keunikan alam
Anti Vandalism
11.50am - Arrived and start hiking to the peak

Perjalanan sebenar bermula di sini.. ni baru betul kaki gunung.. takde landai sangat dah.track ascending and descending je.. tapi ok laa.. ok laa.. not bad la pewai nye.. tang pewai tu kite boleh control, tapi tang kaki sakit tu tak berapa nak happy lah. SO, KITE PESAN AWAL2.. SBB KITE SUKE HIKING AND OUTDOOR, KITE KENA BELI KASUT YG SESUAI UTK ADVENTURES.. 

1.20pm - Arrived at the Rock Garden (beautiful scenery)

View cantik start bila dah nak sampai Rock Garden dan kawasan sekitarnya.. cantik! kau buat aku tertarik dan aku janji takkan melupakanmu..



The beautiful of nature

untuk yg bersedih sbb takdapat hiking kt Gunung Irau (for a temporary period - sbb kat sane tengah dlm proses renovation), bolehlah cari mossy forest kat Gunung Bunga Buah ni. seyes chantek kayh!


you are so beautiful
2.00pm to 3.00pm - Arrived at the Peak of Gunung Bunga Buah

Sampai puncak akhirnya... after we struggling to be on the top. Hurrmmmm.. tak de sape paksa kite untuk berada di sini.. ni pilihan kite.. kite paksa orang lagi ada. hahaha =))

Aktiviti kat atas > kitorang lunch sandwich + ubi manis + anggur.uuuiii.. sedaknyee~ 

Perghhh.. penangan pacat

Selected Pictures on the Top
Pastu solat jamak zuhur dan asar.. ni nak pesan, kat mane pun kite berada.. jangan tinggal solat. buat apa masuk hutan, menghayati keindahan alam.. kalau kite tak zuhud pada agama.. lupa pencipta-Nya. di mana rasa cinta kita, kalau mengaku pencinta alam. kan? kan? kan?? 

3.40pm - Start to descend to the Vege Yard

Pic kat 1 kawasan ala-ala mossy...
Dah melepasi kawasan Rock Garden. Dalam pukul 5.00pm++, masa patah balik ikut track asal, hujan turun.. mula2 renyai.. lepas tu sekali lalu.. and lepas tu.. lebat pula.. lebat betul. masa ni tarik poncho pun tak sempat, baju dah basah. tapi sarung jugak laa... cover bag. So track yg awal nya turun, sekarang reverse la.. kne mendaki pulak.. alih2 track licin.. slow sikit masa nak hiking kat kawasan yg a bit tricky ni.. mcm2 pose ada.. terduduk. tersangkut. ter. ter. hahaha. 

6.40pm - Heading to Quarry

Sampai lah jalan tar kecil nak menuju Quarry.. kat sini baru lah perasan, sebenarnya jalan tar kecil tu bukan laluan pejalan kaki.. tp laluan air. redah jugak la jawabnye. takpayah basuh kasut dah nanti.. :-w

Kebasahan dalam hujan
Lepas quarry.. jalan lagi kat jalan tar, sampai kat tempat yg kena naik 80 degree slope (masa mula2 hiking tu). sini pun licin...sliding tu 2-3 kali jugak laa. haha. mampuih! 8-X


7.15pm - Safely arrived
Alhamdulillah, tiada yg lebih menggembirakan sebagai penutup untuk hari ini..sampai je bawah, simple discussion.. terus heading back to KL and sampai around 9.00pm singgah masjid Al-Ridhuan (taksangka jugak pacat struggle ikut sampai sini) pergghhh.. 

Masa kat masjid, kitorang kan tengah kotor2 .. pastu ade sorang makcik ni tanye.. ni lebih kurang la dialog nye

Makcik : "baru lepas main bola ke?" 
aku : "eh.. tak la.. baru lepas keluar hutan"
Makcik : "oh.. rombongan sekolah ea?"
aku : "eh..tak la" (tapi at the same time si Fifi cakap.. "Ha ah")

aku pandang Fifi. Fifi pandang aku, sambil senyum sumbing.. pastu kitorang pun berlalu pergi..(ko ingat ni lawak 8-|? tak memasal je tambah dosa kecil dalam masjid lak tu.. haha.. hais.. nak wat camne.. susah muka baby face ni.. huuuu...)

lepas tu singgah kedai makan.. haha. layan satay (Joe belanje) + menu mengikut selera masing2. 


euwww... luka lama berdarah kembali kat kaki Wan
Plan nak g tgk In the Heart of the Sea katenye. tp semua dah layu mcm nak tido je.. so balik je lah ke habitat masing2. Sekian..


Last for Today


Next Plan: Bukit Tabur (East)

No comments:

Post a Comment

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!