Monday, May 23, 2016

Closed Loop tabur Ext kuasa dua (Extreme + Extra)

Assalamualaikum. hai gais!
back again to our passion!


Location: Bukit Tabur (Extreme and Extra) , Taman Melawati. KL
Height: Extreme (1299ft/396m), Extra (999.4ft/303m)
Date: 
27 March 2016 
Participated by: - Kayrool, Shah Moses, Shah Awara, KakJah @ Nizam (name fofular ngat nih), Adam Tods, BubuBear, Melon, Fifi and Iz Hanna


ini merupakan hari kite berkenalan dgn kawan2 baru yg super sporting.. gile2 and happy go lucky. 

Ok back to the story.. hurmm..Taktau lah nape.. tapi 1st hour tu aku mmg pewai gila.. haha. Mungkin sebab fenomena equinoks, aku jadi dehydrated. Fuuhh.. mcm tak cukup nafas.. tak ckup tenaga, tapi lepas 1 hour, serap tenaga alam.. terus energetic. 



1st peak – tabur Extreme locked

lepas lepak 1st peak barang sejam.. kitorg berbelah bahagi. nak proceed or nak balik. bincang punye bincang, semua nak proceed. dah alang2 kan? ku gagah kan jua.

2nd peak – Tabur Extra locked

Masa otw turun ke padang kat kebun tu, terjumpa dengan beberapa orang perempuan. Kitorang takde la expect ape2.. diorang pun tak cakap stock air dah takde ke ape.. aku , fifi and bubu blah je laa.. kui3.  Rupanya masa dah lepas dari diorang tu, . Kakjah kot datang kat kitorg masa tu.. mintak stock air kalau ada.. kitorg try kumpul stock air yg last2 tu. aku bagi je air dlm water bladder tu..my last stock.

Kak jah bagitau.. team perempuan td tu, ade geng yg pewai maksima.. Kay yg tolong ape patut. So kitorang yg lain ni, tunggu kat pokok last atas bukit tu.

Tapi sebab tunggu lama sangat, kitorang decide nak tunggu kat padang plak. Taklama tu ade seorang line up dorg yg turun…and berlari jauh, lepas tu dia patah balik and panggil salah seorang perempuan dr team kitorang. 

So aku yg pergi mendapatkan beliau. lepas cot cet.. aku pi teman minah tu solat kt satu pondok kt kebun tu. Yakin je la baju bersih.. solat zuhur bersejadahkan poncho atas pangkin kayu. Wahh rare ngat ngat..

Tak lama tu.. nampak Bubu dukung geng yg pewai tu.. kesian nye.. muka pucat habis. Mmg pewai.

credit photographer : Fifi
Sempat lagi die snap!

Di pendekkan cerita semua..setelah melalui kesukaran, kejatuhan, kesakitan, and mcm2 an yg lain... team kitorang berjaya bawa geng tu turun ke kereta die dengan selamat. 


Cerita yg full version, biarlah tersimpan rapi dalam ingatan dan kenangan kitorang aje. p/s gambar di blurkan untuk tidak mengaibkan mana2 pihak. ini cuma satu cerita untuk pengajaran semua. 

1. bersedia mental dan fizikal
2. stock air dan energy sources yg mencukupi
3. Prepared to face the risk

Alhamdulillah, sbb Allah kenalkan kita dengan orang yg baik2. Semoga kita semua akan terus dikelilingi dan berjumpa dengan kebaikan sepanjang perjalanan hidup ini. Aaminn.

Cya next gais. baiiii~ Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!