Tuesday, August 23, 2016

Daypack via Bentong : Layan Pewai di Gunung Rajah (140816)

Assalamualaikum Rajah 1.0 Daypack via Bentong

Date : 14 August 2016
Line Up : Abe Joe, Abg Wan, Panda, Afham, Fifi & Hanna
Guider : Redah
Starting Point : Air Terjun Chamang, Bentong. Pahang
Height: 1685m

total time collapse : 24 hours (23  hours (includes rest + breakfast + lunch) + 1 hour (p'jalanan balik)


11.00pm – bergerak lah kami 3 skuad (Joe, fifi and Hanna) mencari ration + pi makan and menuju ke jalan hakiki iaitu Air terjun Chamang, Bentong. Pahang.

12.00am+ park dekat pondok sementara menunggu line up lain sampai .. tido sattt..


3.00am – mereka sampai (Panda, Abg Wan, Ham) , hiks. Sambung tidur sikit lagi…

3.30am – ba.. ngun.. bangun bangun bangun…

4.00am start hiking masuk ke dunia hutan, dunia yg selalu aku rindu..

muka baru bangun tidur
* 10 min track pacak dari starting point (air terjun Chamang), sampai jalan balak. Lepas tu teruskan perjalanan santai tak santai sangat..
* Cross pondok pengawal hutan.. mmg agak nervous sbb kami takde permit.. ala.. sorry laa.. janji tak buat lagi. Tp kami bertuah, sbb mereka sedang tidur ketika itu. Tidur laa.. kitorang tak kesah. Hiks.

5.00am –Sampai pintu gerbang Gunung Rajah

* 1 jam je perjalanan. Nice timing mungkin sebab shoot tanpa rehat.. lari lagi. Taksabar nak masuk hutan.

6.04am –line up bros jalan dulu.

*akibat team bros tak tinggal marking tag.. in between menuju kem resam, ada 2 simpang.. kiri atau kanan, dan simpang kiri  telah memesongkan hanna dan fifi ke satu tempat parking yg agak meyakinkan tapi sebenarnya salah. Sangat salah. Susah hanna nak terangkan keadaan itu.
* solat subuh.

Hanna tidur. Fifi ckp nanti kejut.
Hanna terjaga. Fifi kata nak pi toilet.
Hanna tidur dan terjaga lagi. Fifi kata nak pakai kasut.
Hanna tidur dan terjaga lagi, hanna tengok fifi terbaring kaku. “fifi! Fifi!” . Senyap.  “fifi!!” lambat2 fifi balas “ 5 minit”

* lorrhh.. tidur rupenye.. sambil tu berbincang nak tunggu pukul 7.00am and patah balik ke simpang tadi, tunggu team #chinese yg kata nak start hiking by 6.30am.. 
* tetibe terdengar bunyi mercun, bergegas kami bangun. And start patah balik.. dengar abe joe jerit… and suara2 bro yg lain. Kitorang pun menyahut. Pahtu kena la bebel2 dgn mereka. Mereka penat sbb kena patah balik. Cowi.. sumpah tak dengar pun suara korang jerit panggil kitorang sebelum bunyi mercun tu.
*Wat perjanjian baru.. ape pun jadi, teruskan perjalanan.. jangan tunggu. Pandai lah kami jaga diri.

6.55 amreunited semula as a team. Jom teruskan perjalanan meredah hutan untuk 1 kebahagiaan di hadapan.

‘Maafkan lah aku.. yang menyalurkan kekecewaan ku.. marah ku dan masalah yg terbeban di pundakku kepada alam. Kerana mereka yg lebih mengerti. Ku sampaikan keluhan ku dan meminta mereka turut mendoakanku dalam tasbih memuji Tuhan. 

Berikanlah aku kedamaian hati. Sungguh mereka mengerti.. dan bila doa kami sampai kepada Tuhan. terasa damaiku berada di sini.’
(hannageohikers, 2016)

7.30am – akhirnya sampai ke Kem Kuala Sungai Terling

* having breakfast to break our day. Lapar nyee.. roti canai + horlicks.. mai secawan!


8.30amteruskan perjalanan

* Perjalanan ini masih panjang, jangan tanya lagi bila kesudahannya. Hiks.

9.12amLata Naning

* ada yg pewai dah. Hanna and Abe dah sampai dulu.. tunggu line up lain dlm 15minit, baring2 tidur atas batu laa.. bestnye mase tu.. sejuk jee..
* semua dah sampai, sambung rehat lagi..
* pewai der.. tak mungkin tak penat, lainlah kalau ada hantoooo~

budak pewai

9.40am – teruskan perjalanan ke next check point

11.15am Kem Batu Hijau

* Abg Wan dah cramp.. Panda pun. Tp perjalanan kite jauh lagi.. mcm mana?
* Abg Wan nak give up.. sbb dah injured. try sweep.. selagi mampu untuk teruskan perjalanan.. rugi sebab kite dah jalan jauh, tapi tak sampai main point kite..
* simple lunch roti je mcm tu. Taknak masak lagi.. in between nak ke false peak, jumpa team lain yg dalam perjalanan turun, ada yg start hiking by 2am. Perh..paduikkkk


12.55pm  False Peak

* Abg Wan tewas di sini.. Panda, Ham and Fifi masih bersemangat kental.
* sbb track di depan lebih berisiko, kena panjat batu. Abg Wan taknak amik risiko.. bcz he was totally injured.
misi memanjat batu menggunakan tali
3.00pmPeak of Mt. Rajah

* Hanna and Abe Joe sampai dulu, tidur sat.. pewai la ni kesahnye
* Sejuk ngat ngat.

4.00pmline up lain sampai (Fifi, Ham and Panda)

* layan sesi photography single, beregu dan berkumpulan

5.00pmStart decending to the false peak and arrived at about 50 minutes after.

Abe  shoot ke depan, Hanna sweep Abg Wan ke Kem Batu Hijau.. kite nak main masak2. Untuk lunch. Kah2.. lmbtnye lunchhhhh.


6.30pm – sampai Kem Batu Hijau. Prepare lunch

* menu : nasi putih + kurma daging + ikan pekasam  berulamkan timun jepun sambil layan air kopiko

7.30pm – line up lain sampai. Makan. Packing.

8.06pmshoot balik ke Starting Point

* Slow pace. Sbb ada beberapa org yg injured . Cramp and etc (Abg Wan, Fifi, Panda..)
* malam gelap, layan je laa track. Malas fikir bila nak sampai, nanti jadi mental..

9.35pm – back to Lata Naning

* semua line up terkulai layu di atas batu, di hembus angin malam. Hiks
* tiada team lain di dalam hutan kecuali kami, hanya kami.. kan da gitau, tak ramai yg wat rajah via bentong ni daypack, onggile je buat. hahaha


10.00pm – teruskan perjalanan

11.00pm – sampai Kem Sungai Terling

11.40pm – sampai Kem Resam

1.10amPintu Gerbang Gunung Rajah

* landing atas batu dalam 1 jam. Sbb dah pewai...
* Mane ade la haih org tracking malam2 mcmni dalam hutan, padahal esok keje. confirm jd geng panda kat office nanti. Hiks.

3.00amStarting Point (Air Terjun Chamang)

Akhirnya berakhirlah sudah perjalanan 23 jam + 1 jam  perjalanan untuk sampai katil kat umah, untuk mendapatkan sebuah hadiah baru yg bernama “tidur”. Mandi pun tak. Kah3. Pewai woii.. ni smua onggile je buat. Hahah. Tp yang penting, paling penting.. kite semua gembira. = 24 jam. Kbai! 

next next.. boleh layan #hannavlogstory


ini bukan kisah seram.


Sekian,

#HannaGeoHIkers @ #HannaMountaineer

(ingat tau.. hashtag ni aku punya, kalau sape berani guna.. aku starlight dahi dia!)

No comments:

Post a Comment

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!