Tuesday, September 8, 2015

DAY 2 : Ditelan Gunung Irau (baca sampai habis!)

Assalamualaikum sekali lagi... Tutugo Emoticons 6

Ini kesinambungan cerita panjang 3 hari 2 malam di Brinchang, Cameron Highland. kan da bagitahu cerita ni panjang..Photobucket


30 August 2015 - Pukul 5.00am bangun tidur, tp pagi ni tak mandi pun.. just cuci muka.. gosok gigi.. amek wudhuk. Sejuk tahap takhengat kot. Macam kat Kutub Utara je rasanya.. walaupun aku tak pernah gi lagi Kutub Utara. Haha. Hyperbola la sikit..lepas solat, keluar je masjid.. terus letak barang2 yg tak penting dalam kereta. Truck pun sampai kul 6.10am. Apa perasaan masa tu? dah la sejuk.. kena duduk atas truck takde dinding bagai. Tak terkata laa..Nak rare sangat kan..  pastu kitorang kena ikut gi pick up group 1 lagi, a family kot. Lambat.. kul 7.00am baru gerak ke kaki Gunung Irau.

perjalanan mencari sebening kedamaian. perhhhh
Geng kitorang start hiking by 7.40am, semua orang masa ni ada semangat hebat.. embun pun takkan mampu mendinginkan bahang di jiwa kami.. peh, padehal.. pakai sarung tangan dah.. sejukkk.. 

Intro : Geng Hai King, slow and steady.. wat lek je beb..
adidas kampung. baru la rare
nice view in Gunung Irau

hiking dan terus hiking, sampai Mini Irau dalam kul 12.00pm++ , time ni perut pun dah tak berdondang sayang lagi.. terus nyanyi lagu rock. Lapar kot, pagi tadi mana ada g breakfast lagi.. so, nak wat acaner lagi.. project masak memasak la.. menu simple, air kopi + roti cicah sambal telur. Plan asal nak wat nasi lemak.. santan serbuk pun dah beli, beras dah bawak naik. Tapi santan nya tinggal dalam kereta.. nak wat sandwich sardin pun takjadi sbb sardin pun mengalami nasib yg sama seperti santan serbuk. Dengan kreativiti yg ada.. sambal tumis mak Wani yg aku bawak tu + telur yg aku rebus pagi semalam + bawang potong2.. gaul semuanya.. dan jadi la ia sambal telur yg super duper sedap. Yey! Makan la kitorang selahap2 nya.. ups, ada  budak comey mintak kopi laa.. hik hik hik.

Tetibe hujan agak lebat, terus tarik poncho dalam beg.. lindung makanan.. lindung diri. Ada group yg patah balik, sebab hujan and track confirm licin. Tapi takkan mematahkan semangat kami, tidak sama sekali. 


euw.. pastu? makan jugak.. hahaha
Lebih kurang 15 minit, bila semua dah reda..kitorang teruskan perjalanan.. jam masa tu mungkin dah pukul 1.30pm. Dalam perjalanan menuju ke puncak tu, terjumpa dengan abg yg asal jumpa kitorang je mesti cakap“rare.. “ alkisah nya malam td, Andy tanya kitorang stay mana.. kitorang cakap la stay masjid.. dorg ckp la.. nape tak cari hotel ke.. campsite dorang pun ada, napa tak book awal2. Masa tu.. dalam otak aku xde jawapan lain. Aku cuma ckp.. “sbb kitorang nak gamble je.. baru la rare” and sejak tu la mamat rare tu asyik me”rare”kan kitorang… pantang jumpa, hahaha.
Lord of the Ring : tu ape tu... the hobbit ke. hik3. guwau2 jeee..

Posing kat Mini Irau. dah macam retarded dah sengsorang..
Ok, back to the story… mamat rare tu pesan.. kalau kul 2.30pm kitorang tak sampai puncak.. patah balik. Kitorang wat endah tak endah je.. pukul 2.37pm, geng kitorang yg 4 orang ni (aku, Wani, Pika and Sha).. sampai puncak. Posing2 la ape lagi..

 
Yus and Basyar lambat sikit, Yus tak berapa sihat.. tu la degil. Nak ber hiking jugak.. baru la rare.. ye dak?? Kau mampu? Huhu. Pukul 2.50pm camtu Yus and Basyar sampai.. sambung posing kat puncak la.. dengan pakai baju kurung nya.. sempena hari merdeka..  masa perjalanan nak naik tadi, bertembung jugak dengan 1 geng ni pakai baju melayu. Tp tak sempat nak bertukar no.fon, sempat bergurau2 je.. kah3.

baru lah rare...

Masa ni.. aku rasa seronok sangat. Masa tu sesaje la nak record nyanyi lagu merdeka yg “tanggal 31” tu kt puncak.. tetiba semua org nyanyi sama2..
(p/s : credit to Yuss for the video editing)


yg ni aku edit dari guna software download kat playstore.. tp dubbing mcm tak bape nak kena je. asal boleh laa. hahah. asal ada gaya.. 


*******************************************************************************************************************************
CRITICAL TIME!!.

PART ni paling penting.WAJIB BACA! (takde gambar yg sempat snap saat2 camni. Photobucket


        Pukul 3.30pm, semua group dah start turun balik, kitorang ni antara group yg last2 la.. track licin, nak posing.. takde dah kot, tak larat.. saing dengan 1 group lagi, geng kitorang.. yus injured.. , geng 1 lagi tu pun ade yg injured. So, slow and steady je laa.. sampai la kat Mini Irau semula..masa tu dah pukul 4.45pm. 

Yg masih cergas.. gerak dlu.. tp still pantau Yus and Basyar, jangan sampai hilang jejak.. tapi hari da makin gelap, walaupun baru pukul 6.00pm. So, aku.. Wani, Pika and Sha.. stay closed together.. ada head lamp, head lamp simpan dalam kete.. gitew? Head lamp Pika samar2, torchlight pun mcm tak cukup ampuh nak menerangi jalan. Torchlight Sha je boleh berkhidmat lagi.. kitorang jalan perlahan2.. tapi hari makin gelap, jerit2 nama Yus and Basyar berkali2.. terus hilang jejak.. takde bunyi dah. Tapi kitorang tahu, ade 1 group lagi kat belakang.. group yg ada org injured tu.. boleh la diorang jalan sama2.  

So a bit confident nak move on.. kabus pun makin tebal, malam makin sejuk.. jam dah pukul 7.30pm kot bila azan di handset Sha berbunyi. Kitorang biarkan je.. biar halau hantu2 kalau ada… Wani lead depan, pegang torchlight Sha yg masih terang tu.. cari jalan, cari jejak tapak kasut hikers lain, cari tag.. aku kat belakang, kadang2 aku lead.. bila penat, aku pass torchlight kat Wani balik, bercakap pun dah tak mampu masa ni.. simpan tenaga. Hari pun semakin gelap.. dan gelap…

        Dalam hati aku, jangan sampai jadi kes polis dah laa.. sampai aku boleh fikir camni, kalau dah tak mampu sangat teruskan perjalanan malam tu dengan kabus and gelap nya.. better kitorang stay, tunggu siang nanti baru cari jalan keluar. Tapi yg wat aku lagi takut, kalau jalan yg kitorang ikut tu.. jalan patah balik ke puncak.. tak ke sia2. Memang dalam hutan Gunung Irau tu ada line telefon, so takde la risau sangat.. Andy call.. kitorang baru lepas CP Tali, dia cakap dalam sejam lagi kitorang akan sampai ke kawasan parking yg awal2 masa datang tadi. Dan akhirnya kitorang sampai jugak kat tangga pukul 9.25pm, tu maknanya perjalanan dah semakin berakhir.. tapi tanpa Yus and Basyar. 

        Masa tengah jalan kat tangga tu, ade sorang mamat ni.. geng die pun ade tertinggal kt belakang.. geng yg ade minah injured tu. So die minx sape2 yg still bertenaga, teman dia patah balik.. sbb katanya dorg dah mcm tak berapa jauh.. kwn die call n cakap dorg jalan n macam pusing2 kat tempat yg same sampai rase mcm nak give up dah.. yes, macam memula yg kitorang rasa td la.. rasa mcm nak give up.. Dah la jalan lecak.. gelap, kabus tebal.. sejuk tahap tak hengat. Tenaga pun semakin berkurang..mungkin sbb badan dah penat.. So at that moment, Wani offer diri nak ikut mamat tu..

       Aku, Pika and Sha duduk kat anak2 tangga .. tunggu Wani and mamat tu balik, tp tak lama pastu dorg pun balik semula.. sbb apa ye.. tak ingat pulak, tapi rasa nye dorg patah balik sebab.. dah cuba wat lantunan suara yg tinggi.. tp takde sahutan.. mgkin group yg tertinggal tu, masih jauh lg..so dorg buat keputusan nak tunggu je dulu..

UPDATED!!!

ALASAN WANI : "Masa aku ngan mamat tu nak turun cari yg lain, aku roger en andy dlu... Bgtau situasi kita. Masa tu, en andy tu mcm panic gak la tp panic yg steady... Ecehcehceh... Risau kot, adik2 ni buat hal... Tu yg aku patah blik... Hahaha... Dtg kat kita steady gila kot, seluar pndek + tetap nak bebel... Hahahahahaha..."


Andy pun muncul tak lama tu and ajak kitorang lepak kat 1 gazebo.. sejuk tahap gigi berlaga2 tak benti2. Baju dah la basah, berlumpur..tengok, aku tak mampu gelak nak menceritakan saat2 getir kitorang masa tu. Andy cakap kite boleh lapor kt phk berwajib, tapi nanti akan melibatkan jabatan perhutanan, polis, anggota2 keselamatan.. masa tu aku terbayang wartawan tv dok interview, haha…Sempat lagi tu… and mungkin lepas kejadian tu kami dah tak boleh masuk hutan lagi..

         Andy take the phone call from the mamat, and asked them.. if she (the injured one) is still able to walk or not. She say.. she can, but slow.. same goes with Yus.  So, kitorang decide utk menunggu… so kitorang tukar tempat menunggu kat Gazebo berdekatan parking pulak, letih takyah cite laa.. sejuk nye lagi.. ktorang mendengar je la Andy sharing his experiences dgn mamat td tu, sesekali je menyampuk. Haha. Tahu nak rehat je skrg ni..
*********************************************************************************

11.30pm - At last, Yus.. Basyar, and geng yg tertinggal td tiba juga akhirnya.. happy toksah cite la.. tgk smua org selamat. And boleh la berehat ni.. huhu. Mamat rare td tu tak habes la membahan kitorang, “ rare tak.. nak rare sangat kan..pot pet.. pot pet” tahu tak org penat..org malas nk dengar org membebel..Nak di jadikan cerita, hujan pulak sepanjang perjalanan dari Mossy Forest ke masjid Brinchang tu.. kan aku dah bgtau td, truck tu mana ade dinding, bumbung apetah lagi.. sejuk sampai mulut keluar asap woah.. kitorang tetap berhibur and terhibur dgn perkara2 seperti itu. Hehe. Lg kejam kat kitorang ni, sebab dorg drop kitorang kat Balai Bomba, tp sempat la jugak basuh kasut.. + basuh ape yg kotor + basuh tangan.. kotoran sangat degil pulak tu.. hais… balik masjid dlm keadaan terketar2.. menggigil gila2.. mandi2 + solat jamak takhir .. air sejuk pun tak terasa dah. Sbb memang dah sejuk sesangat… lepas settle semua, plan dgn Yus nk lepak Kedai Mamu Rasul.. the one and only restaurant yg still available at that time,  janji kul 1.00am.. tp tunggu semua org siap.. kul 2.00am baru kuar masjid.. otw nak p ke kedai tu, bertembung dengan Yus and Basyar yg dah patah balik untuk tido (kat kereta dorang). So kitorang go on je la.. lapar kot.. last makan roti je tengah hari tadi.

Service mcm hampeh.. takde la ramai orang pun, makanan sampai lambat.. rase pun kureng. Tp sbb lapar, redha je laaa.. dkt kul 3.00am cmtu baru siap makan, terus balik masjid.. siap2kan diri untuk tido pulak.. dengan harapan, masa akan berlalu dengan lebih lambat, supaya kami boleh tidur lena. Selamat malam dunia. 


(notes: Please refer the links below to subscribe for the full story)


DAY 1 - DAY 2 - DAY 3
Next Episode : Trans CBL 

2 comments:

  1. pengalaman yg x kan dilupakan sampai bebile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. rare kot.. baru sesat sikit da mnggelabah mcm kura2 cengkerang kt bawah. tp di watnye bhari2.. stock mkn pun tarak. lg hawau. hahaha

      Delete

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!