Thursday, October 22, 2015

Gila hiking -TransCBL2015 (Chemerong Berembun Langsir 9 - 11 Oct 2015)



CBL , adakah akan menjadi tempat Cerita Berulang Lagi
memang B.A.B.I kerana Bagi . Aku . Begitu . Istimewa 

____________________________________________________________________

Assalamualaikum Geng,

Dan akhirnya.. setelah mencari sejuta kekuatan dan ilham untuk blogging semula.. muncul lah thread baru ni. Eh, ko ingat main taip ..sesedap hentak jari di keyboard je ke.. aku kena fikir dulu nak start macam mana, nak mula dari mana.. nak cerita pasal apa. Hmmm.. Because I’m not born to be a blogger.. so aku story ala kadar tapi mampan. Haha. Ok tak? 

Urusan guide + permit + yang berkaitan kita serahkan pada Geng S.O.S 

GeoHikers : Am, Mok, Sal, Afiqah, Jannah, Yaya, Didi, Pika @ Fifi Qaqa, Wani and Izsakura
Date : 9 October 2015 - 11 October 2015
Height of Mountain and Distance of Trekking : refer Chasing the Sun : CBL (Chemerong > Berembun > Langsir)
____________________________________________________________________

Khamis (08 October 2015) – janji malam ni right on 9.00pm la nak berkumpul.. tapi faham2  je la janji melayu. Kui3.. kul 9.00++pm , Wani and Jannah dah sampai umah aku. Lepak2 dulu. Ermmm…Keluar jap dengan Wani pegi  Giant sebab nak cari makan + cari barang. Balik tu tidur jap sementara tunggu yg lain sampai..Driver kena lah recharge tenaga sebab nanti nak drive jauh nun ke Dungun sana. Jannah pun dah penat baru balik keje, sampai tertido kat bawah sambil teman Kak Su tengok TV.

11.30pm++ Abg Am dah sampai.. tunggu jap kat luar sementara tunggu kitorang ni siap2. Tak lama pastu Didi and Pika sampai jua.. so yg mana dah sampai.. kite gerak dulu ke padang Taman Permata. Time ni punggah2 barang aku laa yg dari beg plastic sampah > bertukar masuk beg askar gitew.. tak lama tu sampai 1 lg kete (“nerdy” Yaya), masa memula tengok die ni.. eh.. btul ke budak ni nak ikut g hiking ni.. mcm tak ley masuk je dgn kitorang. Tapi bile da kenal.. perh.. 1 kepala rupanye.. mmg gegiler. Memang giler lah! Giler la kalau ko tak pecaye! Ahaha. 

So setelah bincang dengan geng semasa mendaki tu..hahaha, ni aku list kan syarat2…nak masuk GeoHikers;

1 –  Tahan maki
2 -  Tahan kena bahan
3 –  Mudah terhibur
4 –  Tak gedik and bajet good2

Lagi…??? Emmm, aku kitorang tak fikir lagi, nanti mungkin boleh tambah. 

Ok.. sambung cerita, tak lama pastu Sal and Mok pun sampai.. bagi2 barang yg nak bawak naik macam goggle, barang makan.. n so on.. bincang2 , so kul 12.00pm++ kitorang pun bergerak la ke Dungun, tempat yg menjanjikan seribu satu kisah suka duka.
Heading to CBL

_______________________________________________________________

Jumaat (09 October 2015) – right by 4.45am++ kitorang dah kat area Dungun..(simpang ke kiri menuju ke Bandar Al-Mukhtafabillah Shah, simpang kanan ke Dungun) so kitorang masuk simpang kanan sebab nak cari stesyen minyak terhampir.

5.30am - Heading to Bandar Al-Mukhtafabillah Shah, memula nak terus ke Hutan Lipur Chemerong. Tapi lepas tu kitorang patah balik pergi Masjid Bandar Al-Mukhtafabillah Shah.. solat subuh dulu, mandi bagi yg nak mandi. Excited tahap tak ingat ni.. sebab jalan yg nak dituju sudah semakin hampir. Wuhuuuu!!!


5.50am – get ready nak solat subuh berjemaah.. makcik tu ada pesan, “nanti wat solat sujud sejadah”, Aku.. sebenarnye… segan nak cakap.. sebenarnye ni 1st time aku wat solat sujud sejadah. Aku tanye Pika, bila nak sujud sejadah? Sebelum ke selepas salam? Die cakap.. “aku pun tak ingat sangat sebenarnye.. sebelum salam kot”



Imam dah angkat takbir, aku pun tanpa segan silu terus angkat takbir jugak. Sama macam yg lain2 lah.. niat solat subuh sebagai makmum. Imam pun mule membacakan ayat2 untuk solat sujud sajadah dgn dimulakan dengan surah Al-Sajdah “Alif..Lamm..Mimm”.. pastu imam pun terus baca dan baca..kitorang pun terus tunggu dan tunggu. Lamanyeee.. nak menangis rase, lenguh dah kaki ni.. almaklum la ni 1st time (bagi aku). 



Hihi.. tetibe cara imam baca ayat tu dgn tajwid Mad Aridh Lissukun tahap 6 harkat macam nak habis dah.. aku rasa mcm lega sangat.. yey.. nak habis dah baca surah panjang ni… tp pastu imam sambung baca lagi,hmmmm…. aku pun terus kuatkan hati menepis semua bisikan syaitan “tu laa.. apesal ko nak berjemaah sangat”, “lambat kan imam baca ni.. nak dera ko ke ape” and macam2 lagi laa.. tapi demi Allah.. aku akan terus bersabar. Imam angkat takbir, semua makcik kat situ terus sujud.. kitorang group yg tak biasa ni.. rukuk dulu. Tapi tengok org sebelah sujud, kitorang pun terus sujud la, ape lagi..kah3.. lepas2 tu biar org sebelah wat apa dulu, baru kita ikut.. rakaat ke 2.. surah panjang jugak.. habis kan surah Al-Sajdah. Rukuk. Baca doa Qunut and sambung solat subuh macam biasa. 



Habis bagi salam.. sambung baca doa. Berzikir2 sampai tertidur aku, and sempat pulak aku bermimpi 3 saat. Dalam mimpiku, aku bermimpi ada imam ajak aku nikah..muka imam tu pulak macam muka kawan lama aku. Pastu aku terjaga. Sedar dari mimpi, kawan aku tu kan dah kahwin. Lerr.. musnah lah mimpi nak kahwin dgn imam berwajah suci, haha... Aku tengok kiri kanan, geng aku semua pun tidur dalam zikir.. perh.. beriman sangat geng, muka korang tu..


7.00am - Habis solat subuh, kumpul kt parking bawah.. siap2 kan diri. Jap.. jap.. memula kitorang pegi breakfast dlu.. lapar kot.. haha. Makang kat tempat orang dop kena dengan taste kite.. bekeng pulak kak kedai tu. Hahah. Aku makan kuih che mek dgn kuih karipap inti sardine putih (kot). Hm, lepas semua dah makan ala kadar setakat alas perut, kite gerak gi Hutan Chemerong lah..

7.45am - Mase Wani drive sampai terbabas sikit ke tepi ni.. aku pun baru terlelap sebenarnye.. dalam erti kata lain, ha ah aku tidur. Hahah. Wani punye sound aku “woit. Ko tido ke!” Wani mintak tukar, aku pun terkulat2 segar bugar mata aku. “eh mana ade tido” Hahaha. and.. at last, sampai la kitorang kat dataran Hutan Lipur Chemerong.

8.30am – berkumpul
feel dulu semangat nak hiking!
9.00am – masih berkumpul.. Tengok mcm ramai je perempuan. Mcm mana nak cari Encik Jodoh  mcm ni. Kah3.. ala. Ni nakal2 biase je laa.. sikit2 je.. Breakfast pun disediakan (menu : Nasi lemak + teh suam 3 teguk).. ape lagi makan tahap pelahap laa.. tak leh makan byk2 sangat sebenarnye, nanti sakit perut.. nak “membuang” kat dalam hutan susah pulak.  Masa ni da bahagi2 barang yg nak bawak naik atas.. semua org kena bawak sikit. Lunch pun disediakan (menu: nasi, ayam goreng, sup sayur + air mineral botol kecik). Barang2 makan kitorang tak jadi la bawak.. sbb pihak guide da sediakan barang2.

9.30am – warming up + ice breaking dengan para guide.. Total hikers dalam 47 orang. ade je yg nak join last minute.. tapi sorry geng.. dah full!


10.00am – start hiking, perlahan2.. santai yg dikatakan santai tu sebenarnye tak lah santai sangat, semput kot.. sampai  jumpe 1st check point.. Air Terjun Sungai Chemerong. Boleh la take 5 kejap..




Background ;Chemerong Waterfall
Jalan lagi sampai jumpa Bukit Taubat. Yg ni mmg betul org cakap.. bertaubat.. betul2 bertaubat. Masa ni nak rasa menyesal pun tak guna dah.. nak patah balik jauh pulak tu.. 2-3 jam balik. Nak taknak kena la teruskan.. toi tak? Dengan beg berat nyee.. geng kitorang kena bawak barang makanan, aku bawak dapur.. ade yg bawak periuk. Bawak telur. Bawak mcm2 la… macam biasa.. time ni la rase mcm nak menangis.. rase mcm.. “eh, amende la aku buat kat sini” “bila laa nak sampai ni” and bermacam2 lagi monolog dalaman mahupun luaran. Ko jangan cakap dengan aku, aku penat ni.. hais.. hahahaha


2.20pm – sampai check point Kem B aka Kem Balak.. jamak taqdim zuhur dan asar, pastu lunch.. ade group yg da start gerak.. alahai.. baru je nak rehat2 jap.. abang Jejai si Sweeper tu dah swipe kitorang suruh gerak.. cepat..cepat!
yang tawaduk.. yang khusyuk!

Kem B : Credit to Abg Jejai as photographer!
4.40pm – sampai check point Kem Y (diberi nama Kem Y sebab sungai nye berbentuk Y – ni Pika yg cakap) aku tak perasan pun sungai tu bentuk ape. Ahahaha. Take 5 lagi yg berlanjutan sampai pukul 5.00pm baru kitorang decide nak terus bergerak ke next destination.
Check Point : Kem Y
7.20pm – sampai kat check point Pokok Bonzai 1, kat sini.. ada group lain tengah tunggu. Kitorang pun kena tunggu sweeper and group2 yg tertinggal kat belakang sebab nak gerak sekali. Matahari pun dah tenggelam di ufuk barat, perh.. take 5, then take 10 then take 15.. sampai semua org dah sampai around 8.00pm, after a short briefing.. kitorang pun start our expedition. Jalan masih jauh. Walaupun tenaga dah tinggal separuh.


8.00pm – hujan dah mula turun, semua kelam kabut pakai poncho. Hujan turun sangat lebat, somehow…we are hikers; we keep strong and continue our journey to the top of Berembun Peak.. like crazy! And rare!.

9.00pm – photograph session kat puncak Gunung Berembun, giler kau tak hamek pic.. esok belum tentu lalu tempat sama.. nasib la weols sempat posing se ‘round’ dua. (Sebab esok memang kitorang tak lalu dah tempat ni)


Aduh geng.. tutup signboard. sedih la camni.. T_T


Teruskan perjalanan turun naik lereng2 gunung dalam keadaan hujan. Rare weh.. serious rare! I like all the pain that we are struggling to continue our life. Ganbatte kudasai yo GeoHikers! Sesekali orang depan suruh off head lamp, tak berapa nak pasti la pulak sebab apa.. ada haiwan nak lalu ke.. ke nak tengok firefly.. ke cane? Ke.. cane??

9.15pm – Tanya lagi kat abg Jejai, jauh lagi ke.. brape jam lagi.. Same questions repeated over and over..Again and again, abg Jejai pun mungkin dah hilang selera nak jawab. Sikit lagi.. sampai jumpa check point Pokok Bonzai 2, turun naik mendatar.. turun naik.. sampai.. (katanye!!)

10.00pm – kite dah nak sampai ke? Belum jugak lagi.. perjalanan menuju kebahagiaan memang memakan masa, memang banyak ujian… (Motivated words to our own self) sikit je lagi.. depan tu da sampai kot. Time ni laa si Didi nak membuang air kecil pula.. dah la beg berat, haha. Sabau je la.. semua org off head lamp, sbb Didi nak shi shi.. hiks. And lepas tu sambung hiking lagi…

10.30pm – semua kepenatan sepanjang 12 jam ni terbalas bila dah nampak campsite.. And ade ramai org.. rasa bersyukur and lega sangat. Yg nak mandi, terus mandi.. that means diorang dah jumpa tempat nak hibernate utk malam tu.. untuk GeoHikers, belum lagi. Belum lagi.. hmmm, Abg Jejai tengah carikan.

11.00pm – makan malam dulu. Dalam penat2 ni tak lalu la nak makan berat. Aku jamah 1-2 suap je.. pastu taknak dah.. (menu: nasi, ayam masak lemak kot, pastu ada kari ayam).

11.30pm – Abg Jejai locate tempat tidur kitorang, Sal – Afiqah – Yaya  and Jannah under flysheet hikers perempuan, tapi kitorang yg balance ni (aku – Wani – Pika and Didi under flysheet lelaki) nak taknak terpakse jugak la untuk malam tu sebab mmg takde tempat dah.  Abg Am and Mok buat camp kat tempat lain. Right after that, kitorang mandi2 tepi sungai.. bayang kan please!.. dah la sejuk, mandi sungai yg sejuk.. memang sejuk. Tapi kejap je.. lepas tu best pulak. Haha. Masa ni semua orang dah masuk tidur, so kitorang selamba2 je kat tepi sungai tu.. (sambil berharap takde mahkluk kat campsite tu selain kitorang, yg bangun lagi!!)

____________________________________________________________________

Sabtu(10 October 2015) 12.30am , Lepas mandi > solat jamak takhir > fikir macam mana nak tidur dengan lelaki.. hmm so, kitorang kaki kan mereka dalam bentuk L , kah3. Nasib laa. Jangan sepak orang sudah.. yg lagi sedih sebab sleeping bag aku tak selamat masa hujan tadi, basah. So malam tu tido pakai sweater wani + stoking + kain batik wat selimut. Rare jugak nih!

1.30am lebih kot baru la dapat officially tidur nye. Almaklum la nak adapt dengan tempat baru. Badan letih jalan jauh, sejuk pulak. Hahaha. kitorang tido dalam keadaan statik. Sadis giler rase nye.. haha. Nak pusing kekiri or kekanan pun tak mampu, space kecik. Huu~

Around 6.00am – taktau la jam siapa yg berbunyi.. malas betul nak bangun rasanya..

Around 6.30am - layan mata jap, tapi bila fikir subuh.. cepat2 bangun. Hari cepat betul terang, kitorang kelam kabut bangun terus menuju ke  hulu Air Terjun Langsir, SubhanaAllah.. cantik sangat.. berwudhuk cepat2..and subuh gajah atas batu besar kat sane. Rare lagi!  Jam mungkin dah pukul 7.00am++. Crisis time zone, ni solat subuh ke solat dhuha ni.. Kat sane pun ada banyak camp tent, lor.. kalau kitorang tau.. boleh je tidur beralas batu dengan view bintang2 malam tadi.. tapi ape kan daya, itu hanya lah angan2 saja. Lepas solat.. tengok la sunrise, aku pun taktau la mana yg sunrise nye.. sbb tetibe da jd sunshine.
Sunrise at Langsir Waterfall : Credit to Che Mad
7.30am – balik camp site, breakfast..(menu: lempeng pisang ada, lempeng biasa and air tea..emm.. haaa!! nasi goreng pun ada) lepas tu decide nak buat ape. Mandi? Kat jeram lesung..?? boleh sangat. Aku dah pandai duduk dalam sungai atas pasir sambil bersila.. itu pun setelah menelan air sampai kembung and muntah balik. Wekk.. wekkk… aktiviti hari ni adalah mandi dan menyelam sambil minum air (sampai kembung) + Pakai goggle. Serious sejuk tahap takhengat.
Chef kite...

tempo tak same.. fifi dah nak up, aku baru nak touch down.. tak same.. tak same..
Abg Am jadi ikan duyung ke dugong?

Credit to Wani as Image Editor
1.30pm – tukar baju and having nasi + masak lemak telur itik + budu + tempoyak as our lunch meals. Sedap sangat masa tu.. walaupun nasi mentah lagi. Haha. Bedal je laa. Abg Am cakap.. “ni kire ok la ni.. kitorang dulu pernah makan beras je”, pastu.. krik krik.. semua org gelak…

Dengan Encik Sweeper , Abang Jejai


2.30pm – solat jamak Taqdim Zuhur dan Asar, kemas barang. Abg Am cakap kitorang yg tido kat camp lelaki boleh pindah masuk camp die n Mok.. Abg Am and Mok tido dalam hammock. Kitorang rasa bersyukur sangat masa tu.. sbb takyah la tido dgn lelaki yg tah sape2.(open group hiking, benda ni biasa..hurm)

4.00pm – kitorang officially pindah barang ke tempat baru + layan roti cicah chocomalt. Nyum nyummmm


6.00pm – kitorang layan photography session kat hulu Air terjun langsir lagi… turun sampai hujung. Cantik sangat2.. happy sangat2 masa tu..sampaila tetibe ada tanda2 nak hujan. Kitorang patah balik ke campsite

Post Wed Photoshoot.. hais.. sukati engkorang la..




7.00pm – Hujan turun agak lebat, kitorang tengok Abg Am buat sum kat longkang tepi tu.. cian abg Am.. basah teruk. Kitorang tolong laa jugak.. tolong wat tambak, tolong korek tanah.. tolong tengok. Tolong buat2 busy… huhu. Right after sum dah siap. Hujan berhenti. Hehe. Elok sangat la tu.. preparation bro.. mane la tau malam tu hujan turun lagi.
gigih buat longkang

7.30pm – jamak Takqdim Maghrib dan Isyak.

8.30pm – dinner (Menu: Nasi Arab) perh.. ni mmg terbaik.. sedap sangat…. Nasi pun masak elok + tak mentah

10.00pm – dah balik ke camp masing2.. ade yg sambung berbual.. ade yg tido awal (Didi) – dua kali budak ni jatuh and terhantuk kepala kat batu hari ni, nasib tak hilang ingatan je.. kang tak pasal2 mengaku puteri  gunung berembun and nak menetap kat sana. Kah3... (nama Fb pun dah Puteri XXX)  Hm.. Aku join conversation sampail kul 11.00pm++ je.. sebab macam dah mengantuk sangat. Taktahu lah ape jadi dengan yang lain selepas itu..

____________________________________________________________________

Ahad (11 October 2015) 4.30am – rasanya laaa dah pukul 4.00am or 5.00am.. terjaga dari tidur.. sedar2 diri dalam hutan, ye la… masa kite tidur.. mane kite ingat kite ade kt mane, mungkin rasa tengah tidur kat umah ke. ko rase ape yg aku patut rase? Em..Aku takde rase ape2.. selain sejuk. Sebab aku dah tahu aku mmg dalam hutan, hik3. Takde la berharap.. tapi kot la boleh ternampak apa2 yg mistik. Tapi takde pulak, kalau tak.. boleh aku cite kat korang. Kui3. Lepas tu tak pukul berapa, tertidur balik…

Around 6.30am –aku mimpi, terjumpa seekor anak kucing warna hitam mintak makan.. tapi mase tu aku ade kat KL. Jenuh aku cari makanan nak bagi kucing tu.. aku pegi Giant,masa drive.. tetibe rase air masuk dalam kereta, macam banjir laa.. aku pun tak ingat siapa yg aku jumpa dalam mimpi tu.. tetibe kucing tu kunyah2 jari aku, mcm tengah menyusu la.. tetibe terjaga. Tau2 je hari dah nak terang, cepat2 bangun subuh. Lepas solat je.. terus lari ke hulu air terjun Langsir nak kejar sunrise lagi.


8.00am – breakfast (menu: nasi lemak + hot choc) GeoHikers perempuan layan nasi lemak sambil dok atas batu kat sungai. Hik3.. sambil usha mamat sado (kalau ada laa..) lalu lalang. Hahaha.

9.00am – kemas2 barang. Ada yg masih mandi2 and main sliding kat batu tepi sungai tu.. macam best, tp malas nak join.. sebab sejuk..and taknak basahkan baju.

10.00am – semua orang dah bungkus tent masing2.. dah bahagi2 tugas nak bawak ape.. aku pilih nak bawak sampah turun and flysheet. Bekal untuk lunch pun dah prepare (Menu: Maggie Goreng dan bawang rangup) kah3. Mencari yg rare!

11.00am – berkumpul kat hulu Air Terjun Langsir untuk sesi bergambar beramai2, sebelum memulakan perjalanan lagi menuju ke Sungai Bangang. Perjalanan harini tak lalu ikut laluan masa mula2 datang, lebih santai.. rasa lega laa tak yah naik turun Gunung Berembun lagi, penat seyh.. tp kalau xnak penat, takyah la gi hiking. Ye tak? Tp still turun naik laa.. cume tak berapa hard core mcm kelmarin.


12.00am – dah sampai Sungai Bangang. Disebabkan aku tak pandai berenang. Mandi kat tepi2 je laa..itu pun pakai life jacket. Hiks. sambil tengok orang buat terjun tiruk. Salute kat kak ros la.. umur dah 52 tp steady je jadi guide and bawak barang berat2 + wat terjun tiruk. Bila la boleh jadi macam dia.. bukan aku la.. sbb aku ni gayat tapi under controlled. Tak pandai berenang pulak..kui3

Sungai Bangan



1.00pm – Abg Jejai the Sweeper dah push kitorang suruh gerak.. taknak sampai bawah bila hari da malam. Kitorang pun follow the rules je laa.. sedih tak leh mandi lama2.
Continue hiking.. tak sedar masa yg berlalu. sesekali je kena naik dan turun.. tapi tak la rasa terseksa sangat.. ni pic masa dalam perjalanan turun..



muka good2 je.. hahah. penat kot..



 5.00pm – sampai kat Kem Balak.. solat jamak takhir Zuhur dan Asar, lepas tu mai kopi secawan.. kat sini la kitorang lunch yg sebenarnye. Lunch ke dinner ntah.. kat Kem Balak ni ada ikan kecik2 tau.. comel sangat.. lupa pulak nak cerita tadi… chanteq! sempat la join Che Mad bagi makan ikan. ahaks.. sweet cangat 

Tak lama tu ramai la yg sampai.. sweeper kat belakang lagi rasenye, kitorang terus kan perjalanan sbb hari dah nak beransur gelap.  Disebabkan aku  show off, konon2 masih bertenaga.. 2-3kali aku terpelecok. 1st kaki kanan.. letak counter pain, tak rase sakit dah.. pastu ada certain area, aku lari2 lagi..mengada sangat ni!. Kaki kiri pulak terpelecok.. hari dah nak gelap masa tu. Letak counter pain, kurang sikit rasa.. hari dah nak gelap, energy pun tinggal 30% je.. masa jalan2 tu, tetibe terpelecok lagi. Jalan perlahan2.  Thanks to Mok sebab tolong bawakkan sampah aku (husband sape la budak ni ea?), extra mark sebab... kutip poncho aku yg tercicir. Aku tak leh dah nak tunggu sesape.. walaupun berharap org tunggu aku. Beg agak berat. Badan dah penat.. nak cepat2 sampai bawah. Mind set aku cuma fight or die.



7.15pm – dah sampai jambatan antara Pejabat Hutan Lipur Chemerong and sungai pemisah tu.. rase bersyukur sangat, masa ni.. Wani tolong angkatkan beg. Hahaha. mungkin sebab aku pernah bagitau dorang masa kat atas tu.. nenek aku pesan ‘kalau kau tak larat angkat barang berat2.. suruh kawan2 tolong bawakkan’, kah3... energy aku betul2 dah tinggal sikit sangat. Tu la padahnye berlari2 sangat.. pastu aku berkaki ayam je turun sampai bawah. Nak nanges rasa! Seriously… tapi aku tak nangis la. Haha..

7.30pm – tunggu turn nak mandi.. masa ni aku bagitau la dorang pasal aku tipu tu.. haha.. masa tu mungkin dorang rasa nak bunuh aku pulak kot.hahahahaha.. gelak guling2..uhuhuh onion head aku gurau2 je la.. chill k.. just chill. Time ni perasan kaki dah bengkak... Jalan pun dah tengkot2..hmm.. nasib sakit masa dah kat bawah, kalau tak… mungkin lepas Isyak baru aku sampai sini.

8.00pm – solat jamak Taqdim Maghrib dan Isyak. Allah je la tahu betapa aku gembira sebab dah sampai bawah. Betapa aku sangat penat. Betapa aku sangat sakit nak terus melangkah. Haha. Orang jangan tengok yg seronok je.. sbb kadang2  yg seronok tu kejap je.. sakitnye sampai sekarang (tengok kaki aku yg masih bengkak dan berbalut ni). Bukan aku sorang je kena menanggung kesakitan.. masa nak turun tu nampak ramai gak hikers yg facing knee problem la.. knee sprain.. and so on.
So ni aku selitkan sikit pic2 sepanjang kat sane..
Credit to Wani as Image Editor
Credit to Wani as Image Editor
Credit to Wani as Image Editor
periuk kera hutan
masa hari mendaki.. semua kepenatan
ni pokok avatar..sempat gak posing 2-3 round



9.30pm – kitorang meninggalkan Hutan Lipur Chemerong dengan seribu satu kenangan. Seriously, aku taknak datang lagi. Haha. Bukan nye ape.. tahun depan mcm nak conquer tempat lain pulak. Hik3. V1, V2, V3 semua aku teringin nak pergi! Kena mula plan ni. GeoHikers je faham minat kite.. sbb kite gile benda yg sama. tapi mungkin satu hari nanti boleh repeat..ahaks..



Geng TransCBL 09/10/2015 - 11/10/2015
10.00pm – makan kat kedai terdekat.. tak hengat pulak nama kedai, sedang manusia yg lain sibuk tgk final AKADEMI FANTASIA ..macam apa je kitorang bincang isu semasa kat Kosmo – Kes 7 orang anak orang asli yg hilang dengan suara kuat nye pulak tu. hahaha. Dari KL > Chemerong > Berembun > Langsir > Chemerong > Kedai makan > KL, bercakap tak puas2.. banyak stock air liur bebudak ni. Nak topup x? haha. Abg Am dah tarik muka kelat dah.. budak2 ni tak habis2 topik bersembang nyee.. perjalanan jauh lagi kot.

____________________________________________________________________

Isnin (12 October 2015) - dalam perjalanan ni aku beberapa kali nak terlelap masa tengah drive. tapi Alhamdulillah masih bernyawa hari ini. aku rasa Wani pun same je.. hmmm..pastu ada singgah R&R buang ape yg patut.. hik3, aku takde pengalaman “membuang” di dalam hutan. Perut faham. Pandai hold on. So aku takleh nak ceritakan pengalaman aku membuang di dalam hutan, kalau nak tau boleh la tnye Didi.. hahaha. sebab die punye sisa pepejal tertinggal kat sana. So,kat R&R ni. kitorang rehat2 sikit la before continue our journey back to KL.

4.00am - kitorang selamat sampai KL, Alhamdulillah sampai dengan selamat…pukul 5.00am Wani gerak balik Melaka.. and hidup diteruskan macam biasa. Hari bekerja bagi yg bekerja, dan bercuti bagi yg nak bercuti. Termasuk lah aku yg bekerja  cuma sehari untuk minggu ni (hari Selasa). Tamat.

UPDATE! tergempar! layan la CBL (09/10-11/10/15) ni walaupun muka GeoHikers takde sangat pun. kah3. SEDIH! asyik muka ko je la Madie.. tp ye lah.. dah video ni pun ko punye GoPRO.. kah3



kbai~
____________________________________________________________________

NOTE:

Red font and Bold - very important
Yellow - punch time
Orange - you must read!
Green - date
Magenta font and Bold - highlight team
Yellow and Big font - highlight the guide team


____________________________________________________________________


Special Note:
Million of thanks to all participants and congrats for your effort.. hiking macam nak gile! hahah. 
ada jodoh nanti kite hiking sesama lagi! peace!!smoking2 onion head

Next Episode : Bukit Apek, Cheras

4 comments:

  1. woww best nyeee!!! :)

    ReplyDelete
  2. hahah. mesti la besssssstttttttttttt.. kalau cik ekin join.. lagiiiiiiiiiiii best

    ReplyDelete
  3. next trip dah kena set ni..dah masuk 2016, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ade plan dah abg Kay. hihi.. bln feb ni abg am ajak g Mt.Rajah.. taksabar..taksabar

      Delete

Comment dulu... baru la Geng, baru la rare!